Saturday 1 October 2011

Piala Sultan Selangor edisi ke-10

Menjelang pertemuan skuad Pilihan Selangor menentang Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor edisi ke-10 di Stadium Shah Alam, 1 Oktober 2011 ini, skuad Merah Kuning ini bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran BEKAS pemain Liverpool, Jason McAteer dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist.

Langkah menggunakan dua tenaga import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi memberi keseimbangan antara kekuatan Selangor dan Singapura yang dimantapkan dengan kehadiran ramai pemain berstatus ‘nutralisasi’.

Selain kehadiran dua bekas pemain EPL itu, Pilihan Selangor juga akan memanggil bekas pemain negeri itu yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali bagi memantapkan pasukan dalam usaha merampas kembali trofi kejuaraan dari pasukan jiran itu.

Perlawanan ini pasti menarik apatah lagi melihat gandingan Safee dan dua pemain import Pilihan Selangor itu menghadapi lawan yang dibarisi ramai pemain import. Mengikut rekod, sejak kejohanan Piala Sultan Selangor ini diperkenalkan, Selangor dan Singapura masing-masing memenanginya empat kali dan seri sekali, namun dua edisi terakhir dimenangi oleh Singapura.

Siapa yang akan membawa pulang Piala Sultan Selangor edisi ke 10 ini, sama-sama kita nantikan pertembungan Pilihan Selangor bertemu Pilihan Singapura pada 1 Oktober 2011 ini nanti. Jom sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan Stadium Shah Alam

TIPS PEPERIKSAAN

Tips Menghadapi Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan :

Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
Semak soalan-soalan yang lepas
Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :

Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
Datang awal ke dewan peperiksaan
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :

Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :

Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.