Monday 19 December 2011

Begitulah untuk esoknya

tika fajar membisu..
sebelum mentari menyuluh bumi..
sejuk meremang embun tenaga..
abah sudah berlabuh..
di hujung muara keringat..
berkawankan sampan tegar..
dayungan tanpa keluh..
untuk menduga lautan jasa..

tika senja melamar..
detik-detik bulan menemani sunyi..
segan-segan merah tua..
kelihatanlah kepulangan abah..
setelah memulas keringat..
tak pernah menapis semangat..
walau sentiasa disengat..

cengkerik memecah sunyi..
bersulamkan bening bayu..
gelap yang risau tanpa binyang..
abah kelihatan tenang..
membidik karenah tersayang..
lelapya sesudah mereka..
begitulah esoknya..

Saturday 10 December 2011

Nasihat cuti sekolah

SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti.

Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah..


Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi. Selamat bercuti!

Sumber : www.hmetro.com.my

Sekian,

Friday 4 November 2011

tazkirah aidiladha


Puasa Hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) -:
Assalamu'alaikum warahmatullah..
Puasa hari 'Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari 'Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di 'Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari 'Arafah bagi mereka yang berada di 'Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'ie; at-Thabrani dari Aisyah rha). al-Imam as-Syaf'ie rh berpendapat; "Disunatkan puasa pada hari 'Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di 'Arafah." Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; "Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari 'Arafah memerlukan kekuatan (tenaga)." Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari 'Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari 'Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari 'Arafah. Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: "Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari 'Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa'ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu 'Eid al-Adha dan 'Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa'ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: "Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah." (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)
Allahu a'lam bisshawab..

Saturday 1 October 2011

Piala Sultan Selangor edisi ke-10

Menjelang pertemuan skuad Pilihan Selangor menentang Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor edisi ke-10 di Stadium Shah Alam, 1 Oktober 2011 ini, skuad Merah Kuning ini bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran BEKAS pemain Liverpool, Jason McAteer dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist.

Langkah menggunakan dua tenaga import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi memberi keseimbangan antara kekuatan Selangor dan Singapura yang dimantapkan dengan kehadiran ramai pemain berstatus ‘nutralisasi’.

Selain kehadiran dua bekas pemain EPL itu, Pilihan Selangor juga akan memanggil bekas pemain negeri itu yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali bagi memantapkan pasukan dalam usaha merampas kembali trofi kejuaraan dari pasukan jiran itu.

Perlawanan ini pasti menarik apatah lagi melihat gandingan Safee dan dua pemain import Pilihan Selangor itu menghadapi lawan yang dibarisi ramai pemain import. Mengikut rekod, sejak kejohanan Piala Sultan Selangor ini diperkenalkan, Selangor dan Singapura masing-masing memenanginya empat kali dan seri sekali, namun dua edisi terakhir dimenangi oleh Singapura.

Siapa yang akan membawa pulang Piala Sultan Selangor edisi ke 10 ini, sama-sama kita nantikan pertembungan Pilihan Selangor bertemu Pilihan Singapura pada 1 Oktober 2011 ini nanti. Jom sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan Stadium Shah Alam

TIPS PEPERIKSAAN

Tips Menghadapi Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan :

Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
Semak soalan-soalan yang lepas
Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :

Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
Datang awal ke dewan peperiksaan
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :

Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :

Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

Sunday 28 August 2011

tazkirah ramadhan

Ramadhan semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa
Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Sunday 1 May 2011

HADIAH PERPISAHAN GURU BESAR

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"